MALAYSIA BEBAS TOL DENGAN R-F-ID (PLAZA TOL)

MALAYSIA BEBAS TOL DENGAN R-F-ID (PLAZA TOL)

Sedang bersesak-sesak di highway untuk ke Stadium Bukit Jalil ke tu? Stuck dalam jem? Mudah2an Harimau Malaya berjaya membaham skuad Vietnam untuk menjulang piala #AFFSuzukiCup2018 tahun ni.

Ni, saya nak kongsikan teknologi baru utk elak jem (dah lama kat dunia sebenarnya, kat Malaysia je baru). Teknologi ni mampu mengelakkan anda dari terpaksa beratur panjang di plaza tol.

 

Apa dia? R-F-ID.

Saya pun baru je pasang di kereta saya dan bila dapat tahu bahawa ramai lagi yang belum pasang, rasa terpanggil untuk berkongsi. Mudah2an ramai lepas ni terus bertindak untuk pasang & dapat kurangkan traffic jam.

Mudah & sekejap je nak pasang benda ni & yang paling penting; FREE! (buat masa ni lah, kalau esok2 kena bayar…siapa suruh lambat bertindak. Do it now!)

Apa tu RFID?
R -Radio
F -Frequency
ID -Identification

 

Macam mana tu?
Sekeping sticker atau lebih tepat kita panggil RFID tag akan ditampal di head lamp kereta atau windscreen kereta kita. RFID sensor di plaza tol akan detect chip RFID tag di kereta kita tu. Anda mesti perasan ada signboard RFID di plaza tol bukan? (sampai ada yg takut nak lalu, takut sangkut…hehe)

Kalau dah ada RFID Tag ni, tak perlu takut dah, bahkan boleh senyum kat kereta sebelah sebab tak perlu lagi beratur di lorong Touch & Go ataupun SmartTag. Tambah pulak kalau ada yang lupa top-up kad atau bateri habis (tapi pakai Merc, BMW, Lexus…hehe. jangan marah, saya pun kadang2 sama, bawak Myvi je pulak tu)

FREE ke RFID ni?
Pemasangan RFID Tag ni FREE sahaja & yang lebih menarik untuk RFID ni, bukan top-up macam kad Touch & Go, kena beratur panjang di pump station, ATM, plaza tol atau kiosk. Kita hanya perlu reload online eWallet Touch & Go sahaja. Mudah.

Jadi, kita hanya perlu download apps eWallet Touch & Go (boleh cari di apps store atau google play) > Install > Reload Duit. Baki dalam eWallet kita akan berkurangan bila kita lalu RFID detector di plaza tol.

Mudah & cepat kan? So, tak perlu beli bateri, boleh cek baki anytime online & yang paling penting boleh elak jem di plaza tol.

Ok. Macam mana nak pasang?

(1) Download apps eWallet Touch & Go.

(2) Register kat sini

(3) Dah register, terus set appointment kat sini

(4) Sila pergi ke lokasi pemasangan (fitmen centre). Ada banyak fitmen centre, boleh pilih yang berdekatan dengan kawasan anda.

(5) Tunggu SMS confirmation

(6) Jangan lupa reload, kalau tak sama je macam pakai SmartTag tahap dewa tapi tak reload duit.

 

Kat plaza tol mana dah start pakai RFID ni?
Setakat ni di kawasan highway sekitar Lembah Klang & beberapa highway utama lain. Ada 20 kesemuanya. Seperti di bawah👇

Saya yakin, RFID ni akan diperluaskan lagi ke highway2 lain di masa hadapan kerana ia memudahkan pengguna jalan raya (& memudahkan duit kita disedut jugak…hehe) dengan mengurangkan kesesakan trafik. Tengok shj jiran kita, Singapura. Saya sendiri pernah berpengalaman drive kereta di sana, mereka menggunakan Electronic Road Pricing (ERP) di sepanjang laluan highway; no toll plaza at all. effective.

 

Selamat ke RFID ni?
Saya sendiri masih tertanya2 hal ni sebab sticker RFID tag ni ditampal di luar kereta, bukan bahagian dalam. Boleh shj ditanggalkan & digunakan oleh penjenayah sewenang-wenangnya.

Saya sarankan selalu cek baki duit dalam eWallet Touch & Go kita. Jika ada transaksi yang meragukan, terus call careline RFID di sini +60327148888. Jangan reload duit banyak2, ni bukan kad Starbucks. Kan boleh reload online, just reload when you need, jangan risau.

Jom ramai2 kita pasang RFID ni. Kalau saya jadi perdana menteri, saya yakin untuk buat manifesto supaya mansuhkan plaza tol, bukan mansuhkan tol. Apa lagi? Daftar RFID sekarang kat sini

Rujukan & credit to: Website RFID Touch&Go

Facebook Comments
Back to Top