Harini topik “Buy Muslim First” atau #BMF semakin hangat dibincangkan dalam kalangan masyarakat bumiputera Malaysia. Adalah lebih positif kalau kita lihat isu ini dari perspective of productivity, capability & reliability. Bukan bermaksud kita nak memperlekehkan kemampuan mana2 bangsa atau golongan, bukan jugak untuk mengangkat atau mengagung2kan kelompok lain. Realitinya, kini, kita hidup dalam dunia ekonomi tanpa sempadan, sekiranya kita mempunyai productivity, capability & reliability yang tinggi, duduk ceruk dunia mana pun, kita tetap berdaya saing & kekal hebat dengan izin Tuhan. Andai ada bantuan atau kelebihan tertentu (fair or unfair advantages), itu hanyalah imbuhan tambahan sebagai pemudah cara, tapi bukan faktor utama kejayaan sesuatu usaha.
Bila bercakap soal sektor Oil & Gas atau lebih tepat kita sebut Oil & Gas Services and Equipment (OGSE) di Malaysia ni, semestinya ia banyak memberi kelebihan kepada bumiputera. Ini kerana PETRONAS selaku ‘custodian’ utk menerajui sektor ni tertakluk dengan Akta Petroleum Development Act (1974) & Petroleum Regulation 1974, dimana lesen PETRONAS dan 95% kod2 bidang atau dalam PETRONAS kita panggil Standard Work & Equipment Category (SWEC) code hanya boleh dimiliki oleh syarikat yg milikan bumiputeranya adalah sekurang-kurangnya 51% of keseluruhan equity syarikat. Maksud kata lain, majoriti pegangan sahamnya dimiliki oleh bumiputera. Bukan itu sahaja, komposisi bumiputera dalam satu2 syarikat akan diambil kira baik dari segi ekuiti, jumlah board of director, management team & pekerja.

Nanti dulu, imbuhan ini tidak membawa apa2 kelebihan kepada bumiputera sekiranya tiada kualiti set yg saya sebutkan di atas tadi. Justeru, bekerjasama dengan pihak lain adalah antara strategi yg hebat; seperti berkolaborasi dengan reliable partners either sama2 bumi or non-bumiputera (that’s the beauty of being Malaysian) atau international partners (international principals). Namun, sekiranya syarikat kita boleh melakukan semua kerja in-house (100% self-operate), itu lebih baik dan membuktikan kita ada capability yg tinggi.
Namun, bagaimana pula dengan yang baru berniaga? Bagi yg baru memulakan perniagaan & cuba untuk menceburi bidang OSGE ini, buang dulu jauh2 minda sceptical yg menyangka bahawa:
(1) bidang OGSE ni susah
(2) memerlukan modal yg besar, dan
(3) susah dapat job (mesti ada kroni….betulke?)
Jika masih berfikiran sedemikian, kita awal2 lagi dah gagal (mentally defeated), ditambah pulak gagal membuat langkah pertama (1st action failure). Ini dah dikira malapetaka.
Untuk tu, izinkan saya berkongsi bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia, terutamanya bumiputera & muslim hendaknya, boleh merebut peluang yg ada dalam OGSE ini. Caranya, semudah 5 langkah awal ini:
(1) INCORPORATE ATAU TUBUHKAN SYARIKAT SDN BHD ATAU BERHAD.
• Hanya Sdn Bhd atau Bhd yg didaftarkan di SSM sahaja yg boleh berdaftar sebagai vendor PETRONAS.
• Syarikat yg incorporated di Labuan atau lain2 badan organisasi, tidak boleh berdaftar sama sekali.
• Terdapat pengecualian untuk bidang tertentu seperti syarikat arkitek dan juruukur, itupun ada pra-syarat lain yg wajib dipenuhi cth spt arkitek, mesti berdaftar dgn Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) meskipun hanya berstatus enterprise, boleh jugak berdaftar dgn PETRONAS. Cth lain spt valuer mesti berdaftar dengan Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia.
• adalah lebih baik gunakan nama syarikat yg lebih general utk mudah mengembangkan business kita. Cth; MESTI BERJAYA SDN BHD instead of BERJAYA ENGINEERING SDN BHD. Sebab apa? Sila baca hingga point ke (5) utk tahu jawapannya.
(2) ALAMAT OFFICE
• Untuk permulaan, tak perlu lagi commercial address (not applicable utk semua business, but workable utk non-technical/non-engineering business). Lebih jimat kalau boleh berkongsi alamat dengan company secretary anda, buat sementara waktu.
• Ada kebarangkalian audit site visit oleh pihak PETRONAS ke premis anda, tapi bukan di peringkat permulaan ini. So, tak perlu risau lagi.
• Lebih baik daftar alamat within territory atau berdekatan dengan lokasi operasi PETRONAS yg ditarget, sebagai contoh, sekiranya target HQ PETRONAS (or central region), usahakan untuk ada office di sekitar KL atau lembah Klang. Begitu juga kalau di bahagian selatan, mungkin boleh ada office di Melaka atau Johor. Lokasi adalah antara kelebihan kita untuk mudah dapat job jugak nanti (subject to some other criteria & performance too).
(3) PAID-UP CAPITAL RM10K ATAU RM100K
• Mungkin anda fikir mesti jutaan ringgit kan? Baru nampak gah, baru nampak power. Hakikatnya, serendah RM10K paid-up capital sudah memadai.
Mungkin anda fikir mesti jutaan ringgit kan? Baru nampak gah, baru nampak power. Hakikatnya, serendah RM10K paid-up capital sudah memadai.
• Terdapat 2 kategori vendor; ‘Registered’ atau ‘Licensed’. Registered vendor hanya memerlukan paid-up capital RM10K & terhad utk kerja2 atau job2 downstream & maritime. Manakala, utk licensed vendor, paid-up capital serendah RM100K & berpeluang utk job2 upstream, downstream & maritime.
• saya recommend, start dulu sebagai registered vendor, ia lebih mudah diuruskan. Bahkan, utk paid-up capital RM10K tu sendiri, kalau tahu seni pengurusan perniagaan, tersangatlah mudah utk diusahakan.
(4) MANPOWER & CARTA ORGANISASI
• sewaktu proses permohonan lesen, kita dikehendaki menyediakan carta organisasi. Sebenarnya, seminimum 2 orang sudah memadai utk disusun dalam carta organisasi. Nak susun macam mana? ada caranya mengikut kesesuaian SWEC dan nature business of company anda. So, tak perlulah fake resume & what so ever.
• KWSP? Ni ramai yg risau, KWSP tak diperlukan, sama seperti sijil MOF, tak diperlukan (as of now)
(5) PEMILIHAN SWEC CODE
• Terdapat lebih 1000 SWEC code yg kita boleh pilih, samada kategori Produk atau Servis. Jangan tersilap, bila cakap pasal OGSE ni, bukan hanya kerja2 engineering sahaja. Business semudah potong rumput pun ada. Catering pun ada, siap ada onshore & offshore catering lagi. Job cuci2 pun ada, bahkan cuci kapal pun ada, bukan biasa2 ye. In fact, less competitive berbanding bidding utk tender government yg ramai players (not applicable to all).



• Utk permulaan, ambillah SWEC yg general, yg tiada prerequisites, atau kita panggil Minimum Technical Requirements (MTR). Kalau yg ada MTR tu, kita panggil strategic SWEC, yg ni yg susah & banyak evaluation nanti. Bahkan, kebanyakkan job2nya pun susah & lebih teknikal.
• Tiada limit utk kita ambil SWEC code tu, sebab tu tadi, di point #1, saya cadangkan kita guna nama company yg lebih general supaya kita boleh buat pelbagai business atas 1 nama syarikat. So, kalau banyak diversification business pun tak nampak janggal. Cuba bayangkan, nama company tadi, BERJAYA ENGINEERING SDN BHD tapi submit tender utk job supply merchandise, kan ke pelik bunyinya?
• Lagi 1, kita nak manage performance rating company kita dalam system PETRONAS pun lebih mudah. Tapi ingat, tak boleh ada pertindihan SWEC code utk lain2 syarikat ye. Maksudnya, shareholder and director satu2 company, tak boleh ada SWEC code yg sama dalam company lain. Sebab tu saya sarankan awal2 utk letak nama yg lebih general, so boleh lah venture banyak business, else kita pakai proxy.
Jadi, 5 langkah awal ni sudah memadai utk anda ceburi bidang OGSE. Sengaja tulisan ni dikarang secara santai supaya tidak berat dibaca & lebih beremosi. Mudah2an ia membuahkan tindakan yg segera. Nawaitu saya hanyalah utk menghapuskan ketakutan usahawan bumiputera kita utk menceburi sektor OGSE ini. Mudah2an semakin ramai orang kita terutamanya yg muslim mempelopori bidang ini, tidak lagi ketinggalan & mencontohi syarikat2 orang kita yg sudahpun berjaya dalam sektor ini. Tahniah, kerana anda adalah usahawan yg berjaya kerana mampu baca hingga ke perenggan ini. Sikit lagi.
Mudah2an semakin ramai orang kita terutamanya yg muslim mempelopori bidang ini, tidak lagi ketinggalan & mencontohi syarikat2 orang kita yg sudahpun berjaya dalam sektor ini
Suka saya ingatkan, apa yg saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya. Untuk sumber paling tepat, anda boleh rujuk PETRONAS Licensing & Registration Section (PET LRS). Mereka adalah primary resource utk bab ini. Saya sangat mengalukan sebarang teguran utk kebaikan bersama.
Saya tak bermaksud utk kita hanya fokus kepada PETRONAS semata2, kerana too much dependant on certain2 client agak tidak sihat utk sustainability business kita, tapi kita sebenarnya perlu lebih cakna & bergantung kepada direction atau arus permintaan pelanggan (demand trend) yg sentiasa berubah mengikut masa. Bahkan, once kita sudah berdaftar sebagai vendor PETRONAS, kita sebenarnya berpeluang utk dapat job2 dari syarikat2 lain yg kita kategorikan sebagai Petroleum Arrangement Contractors (PAC), syarikat2 ini juga menggunakan database vendor yg sama dgn PETRONAS.
Tambahan lagi, kenapa PETRONAS? Jom kita lihat trend nilai eksport negara sejak 1989 (tahun saya baru keluar dari perut ibu) hingga 2018, sumber petroleum & galian (atau kini lebih tepat kita sebut sebagai sumber tenaga) menunjukkan trend permintaan yg amat konsisten. Seperti sedia maklum, PETRONAS adalah custodian utk sektor ini sejak zaman 70-an lagi. Kita sedia maklum komposisi bumiputera sebagai kakitangan PETRONAS mencecah puluhan ribu di seluruh dunia, tahniah kita ucapkan kepada warga PETRONAS & barisan kepimpinan yg diterajui oleh Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
Justeru, jika dilihat dari sudut business sustainability, dependant on PETRONAS’s business direction adalah sesuatu yg berbaloi & agak terkawal risikonya utk tempoh jangka panjang. Dalam business, hal sustainability ini penting.

Maka, semua pihak, termasuklah PETRONAS sendiri (andai ada wakil PETRONAS yg membaca artikel saya ini, mohon pertimbangkan idea kerdil saya ini) perlulah memainkan peranan & tanggungjawab masing2. Isu nepotism or kronism bukan lagi sesuatu yg produktif utk kita bahaskan, yg penting kualiti set yg betul perlu ada dalam setiap business orang kita. Bagi yg sudah berjaya dalam sektor ini, replicate & perbaiki langkah yg terbukti berjaya itu utk membangunkan usahawan lain. Sama orang kita sendiri merancakkan lagi sektor yg lumayan ini.
Sebelum berakhir, saya sangat berharap agar perkongsian ini memberi manfaat kepada anda terutamanya para #usahawan #bumiputera tambah2 lagi yg #muslim. 3 quality set yg kita baca di atas tadi tu, adalah nilai Islam yg kita sepatutnya juarai berbanding orang lain -productivity, capability & reliability.
Selain tu, amatlah penting utk kita jayakan usaha ni seiring dengan hasrat kerajaan menjayakan Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN2030) dalam mengangkat sektor SME/IKS ke satu tahap yg lebih tinggi. Bukan itu shj, impian kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai paksi ekonomi asia dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), akan lebih jelas dengan penglibatan lebih ramai pemain2 industri dalam sektor OGSE ini. Just, do it & do it now!
Utk yg terus nekad bertindak, ni saya ada kongsikan SWEC atau kod2 bidang yg anda boleh pilih utk permohonan lesen PETRONAS, di sini 👉 www.petrolicense.com (pergi ke tab The Opportunities).Atau mungkin ada yg nak tanya lebih lanjut, boleh text di sini 👉 http://petrolicense.wasap.my .Ada rezeki, kita bersua di sharing session akan datang, jemput daftar di sini
p/s: Gambar sekadar hiasan sewaktu dalam sesi perkongsian bersama para peserta PROTÉGÉ (dahulunya SL1M) di TNB Integrated Learning Solution – ILSAS awal tahun ini.