6 KALI KEJUARAAN F1 BERTURUT-TURUT & APA YG KITA DAPAT?

6 KALI KEJUARAAN F1 BERTURUT-TURUT & APA YG KITA DAPAT?

20 tahun lepas, tentu sukar buat PETRONAS untuk mengambil keputusan menyertai sukan permotoran. Namun, langkah pertama pada tahun 1995 dengan menjadi main sponsor utk pasukan Red Bull Sauber Ford Formula 1, semestinya satu langkah bijak selepas hasil kejayaan 6 kali kejuaraan yg berjaya digenggam hari ini!

Tahniah PETRONAS, inilah kuasa Asian Tiger bertaraf dunia & kita amat berbangga, proudly Malaysian. Alhamdulillah 🤲

Mungkin ada yg kurang bersetuju sebabnya bukan kita sendiri yg melaksanakan keseluruhan operasi pasukan Formula 1 tersebut, bahkan ada juga yg mengganggap ia satu sukan yg membazir, tidak kurang juga bagi ekstrimis agama yg mengatakan banyak maksiat berlaku seperti minum arak, pendedahan aurat dsbgnya. Lebih parah jika dipolitikkan.

Sebelum kita berbincang lanjut, coretan ini ditulis bukan utk mengambil ringan kebobrokan yg ada & jauh sekali utk menghalalkan. Tapi saya nak mengajak kita semua utk lihat dari perspektif kemajuan teknologi & proses adaptasi ilmu dari pakar2 sukan ini sehingga membuahkan hasil yg kita sendiri dapat manfaatnya, selaku pengguna produk PETRONAS atau sekurang-kurangnya sebagai rakyat Malaysia.

Tau tak yg produk terbaru PETRONAS Primax95 Pro-Drive yg kini popular dgn kempen “move like never before” tu pun wujudnya antara lain dari sukan F1 ni? Menarik kan?

Jom kita sama² selusuri kronologi perjalanan PETRONAS dalam sukan F1 & apa manfaat yg kita boleh banggakan selaku rakyat Malaysia dan bagi para #usahawan, pastinya ada peluang² & pengajaran yg kita boleh ambil.

(1) 1995. PETRONAS jadi main sponsor utk pasukan Red Bull Sauber Ford. Satu tindakan yg berani oleh PETRONAS kerana Sauber ni bukan calang² company. Company yg diasaskan oleh Peter Sauber ni sudahpun berada dalam dunia perlumbaan kereta sejak tahun 70-an, bukan itu sahaja, siap jadi juara in Swiss Sports Car Championship. Kita masa 1970 ni belum ada apa2 pun, PETRONAS pun belum wujud bahkan sektor Oil & Gas kita masih diuruskan oleh Shell. PETRONAS wujud 1974 kemudiannya.

(2) 1997. Selepas 3 tahun penubuhan, tanpa menunggu lama, PETRONAS terus jadi tittle sponsor utk Sauber Formula 1 team. Tahun ni lah PETRONAS wujudkan Formula 1 Technology Transfer program. Inilah titik permulaan bagaimana orang kita (engineer PETRONAS) dapat belajar secara langsung dgn pakar² antarabangsa.

(3) 1998. Hasil dari program tersebut, lahirlah engine PETRONAS 2.0CC. Meskipun ia hanya sekadar prototaip, tapi bagi saya sudah memadai utk peringkat awal.

(4) 1999. Setahun lepas enjin prototaip tadi, maka lahirlah enjin PETRONAS E1 yg diperkenalkan masa perlumbaan 1st Malaysian Grand Prix, merangkap tahun pertama perlumbaan di Sepang International Circuit (SIC) yg dirasmikan oleh Tun M sendiri. Masa zaman ni, antara pelumba yg selalu menang race adalah Sebastian Vettel, meskipun membawa jentera Ferrari, Vettel adalah antara pelumba muda yg dibentuk dalam team Sauber. Ok, bukan itu shj, yg menjadi lebih nostalgic, tahun inilah PETRONAS Primax dilancarkan. Tada!

(5) 2001. Susulan program technology transfer 1997, pada tahun inilah engineer PETRONAS terpilih utk sertai team F1.  Penglibatan PETRONAS dalam F1 tak terhad kpd technology lubricant & fuel shj. Jadi team engineer tadi terdiri dari pelbagai bidang engineering spt lubricant engineer, electronic, software, composite designer, suspension engineer & structure analyst. Yg menarik, kesemua mereka adalah bumiputera & Malays (yg makan sambal belacan macam kita…)

(6) 2003. Program² berterasakan perkongsian ilmu & pendedahan tentang F1 banyak dilaksanakan oleh PETRONAS dgn kerjasama banyak ejensi termasuk kerajaan. Pelbagai roadshow diadakan di sekolah² bagi memupuk minat anak² bangsa & menaikkan jenama PETRONAS itu sendiri. Usaha ini sedikit sebanyak membantu PETRONAS dalam mencari bakat² baru dari kalangan anak tempatan. Hasilnya kita dapat lihat harini, PETRONAS sudah mempunyai lebih 40,000 tenaga kerja di serata dunia & kebanyakkan adalah ‘made in Malaysia!’

Tambahan lagi, pada tahun ni jugak, tertubuhnya Centre of Excellence utk menggiatkan lagi usaha R&D. Terkini, usaha R&D masih terus giat dilaksanakan oleh PETRONAS bahkan semakin rancak dgn program² membangunkan local startups dalam memanfaatkan teknologi semasa & menuju revolusi ekonomi IR4.0. Aplikasi Setel adalah antara contohnya. Nantikan banyak lagi startup yg seumpama itu akan lahir dari program PETRONAS Future Tech yg kini pada peringkat cohort pertama & mendapat sokongan 500 Startup (a firm of venture fund & seed startup accelerator)

(7) 2010. Bermulalah era baru PETRONAS dalam sukan F1 bila bekerjasama dgn Mercedes. Langkah kerjasama ini adalah sama seperti yg pernah dilakukan oleh Mercedes pada tahun 1986 dimana enjin keluaran Mercedes digunapakai oleh kereta keluaran Sauber, Sauber C8 (How romantic Peter Sauber is, C means his wife name ‘Christiane’ & C8 adalah enjin keluaran ke-8 selepas 8 tahun penciptaan enjin siri tu)

Maka, kerjasama dgn Mercedes ini boleh dikatakan strategik & sangat impactful sebab Mercedes bila bekerjasama dgn team Sauber sebelum ni, telah membawa banyak kejayaan demi kejayaan sehingga mengembalikan kegemilangan gelaran “Silver Arrows” kepada Mercedes yg popular dalam sekitar tahun 30-an. Silver arrow ni memang gelaran yg khusus diberikan kepada Mercedes dalam tahun 1930 & kekal hingga kini.

Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia boleh berbangga kerana kejuaraan 6 kali pasukan Mercedes-PETRONAS AMG Motorsports ni seakan mengulangi sejarah kegemilangan Merceder-Sauber 3 dekad lalu. Alhamdulillah 🤲

(8) 2011. Selepas lahirnya PRIMAX pada tahun 1999, tahun 2011 menyaksikan sejarah baru bila PRIMAX 95 & PRIMAX 95 Xtra dilancarkan. Apa yg menariknya adalah, penghasilan 2 produk ini menggunakan teknologi F1. Kedua2 produk ni kemudiannya menjadi supplier lubricant utama utk Daimler-Mercedes dalam region Europe & Asia. Daimler ni adalah asalnya brand Mercedes tu sendiri sejak tahun 1920-an, kiranya kita berjaya meyakinkan so-called ‘taiko’. Jadi, produk PETRONAS yg kita pakai sebenarnya bertaraf antarabangsa (cuma mungkin sudah diadaptasi supaya bersesuaian dgn kondisi tempatan). So, to say, tiada beza kita dgn Lewis Hamilton & Valtteri Bottas, tinggal lagi kereta kita je, kita hanya drive Myvi, bukan F1😁✌️

(9) 2013. Lewis Hamilton sertai team Mercedes-PETRONAS AMG F1 team & terus menjulang reputasi Mercedes-PETRONAS AMG bila berjaya melakar kemenangan demi kemenangan pada tahun 2014-2018 & terkini, 2019! Subhanallah hebat 👍

(10) 2010 -2019. Diringkaskan cerita, sepanjang 2010 hingga kini. Meskipun pada 2017 perlumbaan F1 di SIC ditamatkan, banyak sebenarnya manfaat yg PETRONAS & kita perolehi (dari segi lub & fuel technology). Antaranya pada tahun 2015 terciptanya PETRONAS Syntium with °CoolTech™ Technology & Primax 97. Seterusnya, penghasilan Primax 95 with Pro-Drive (yg kita pakai harini), dilancarkan pada awal tahun ini. Jadi saya kira, keputusan Mercedes-PETRONAS AMG F1 utk meneruskan kontrak hingga tahun depan merupakan keputusan yg tepat. Meskipun ia bukan tugas yg mudah utk mengekalkan kejuaraan, tapi kita yakin kejuaraan kali ke-7 pasti dapat dikecapi jika we keep push forward!

Ok cukup berkenaan kronologi kejayaan demi kejayaan pasukan Mercedes-PETRONAS AMG ni. Tanpa mengulas panjang, antara pengajaran yg kita boleh ambil iktibar terutamanya kpd para usahawan adalah:

(1) Berani mengambil tindakan diluar kebiasaan dengan kawalan risiko yg rapi.

(2) Untuk pergi lebih jauh, ilmu adalah kuncinya.

(3) Bekerjasama atau kolaborasi adalah antara langkah terbaik untuk berkembang merentas masa.

(4) Yakin & gambarkan kejayaan yg akan dikecapi bersama2 pasukan. #ATeamComeTrue!

(5) Raikan kejayaan2 kecil & teruskan usaha sebelum sampai kepada goal utama.

Sebelum berakhir, saya nak kongsikan video yg menarik ni https://youtu.be/8NX_xcYcBmU
Anda dapat sesuatu? Bayangkan jika kita adalah sebahagian dari supplier yg bekalkan kepada team Mercedes-PETRONAS AMG tu sendiri satu hari nanti. Ameeeen.

Remarks: Saya bukan peminat tegar sukan F1, tapi bila Mercedes-PETRONAS AMG berjaya menggungguli kejuaraan buat kali ke-7 berturut2 baru2 ni, saya tertarik utk mengkaji kisah disebalik kehebatan ni. Kalau ada tersalah fakta, mohon tunjuk ajar. Terima kasih.

P/S: Gambar sekadar hiasan sewaktu bersama En Mazuin Ismail, Senior Vice President of PETRONAS masa sesi pitching for Ejen2u in PETRONAS Future Tech baru2 ni.

Facebook Comments
Back to Top