Alhamdulillah, Isnin minggu lepas saya & team Talenta berjaya sempurnakan amanah para penderma pra-Ramadan dengan kerjasama AJK Surau Alfalah Taman Cempaka (SAFTC)
Secara peribadi, saya betul² tak sangka betapa Allah mudahkan urusan. Target awal utk kumpulkan 50 packs bantuan ni dalam 3 hari, tup tup, sehari dah settle. Terima kasih kepada para penderma, semoga Allah merahmati kalian.
Resit sumbangan penderma Resit sumbangan penderma Resit sumbangan penderma
Puncanya, sebab saya tengok video Ustaz Ebit Liew kesana kesini kesana kesini sepanjang tempoh PKP ni menyampaikan bantuan; sangat menginspirasikan!
Habis tengok video, terus saya tergerak utk promote di FB saya, kumpulkan sumbangan & agihkan kpd masyarakat yg susah di sekitar kawasan rumah saya ni. Ni posting saya, impromptu je. Terus buat.
Untuk memastikan sumbangan sampai kepada orang yg betul² layak, saya dapatkan nama² asnaf & org² susah dari AJK SAFTC. Pengerusi pun bagi greenlight, alhamdulillah. Terima kasih Tuan Hj Ali. Cukup 50 nama.
Alhamdulillah, barang² keperluan tu saya dapatkan dari supplier orang kita & jemaah SAFTC jugak. Berkat para penderma, sebahagian besar adalah barang orang kita, #bmf. Siap dapat 12 jenis barang lagi berbanding plan asal hanya 7 barang shj. Terima kasih Saudara Helmi kita, merupakan pembekal barang² tersebut.

Tiba hari utk agihkan sumbangan, Ustaz Hisyam pulak bantu bersama dgn Saudara Azi (pemilik restoran mamak yg juga merangkap AJK surau) & Imam SAFTC. Alhamdulillah, semua berjalan lancar cuma petang tu tak sempat utk hantar ke semua lokasi, masa sangat suntuk, dah maghrib.

Meskipun selesai unplanned mision ni, masih ada yg contact saya untuk dapatkan sumbangan. Bagi yg diluar kawasan, saya transfer cash je, lebih praktikal.



Sempena Ramadan yg baru bermula ni & tempoh PKP yg entah bila akan berakhir, saya rasa bertanggungjawab utk teruskan misi mengumpul sumbangan utk sama² kita sebarkan kebaikan. Sekaligus menjadikan inisiatif ini adalah satu kelainan menyambut Ramadan sepanjang hidup saya. Seperti orang lain, mungkin sebelum ni sibuk bertadarus shj, kalini kita sibuk uruskan bantuan. Percayalah, memang ramai orang yg susah.
Saya mengajak semua rakan² yg mengenali saya atau tidak, utk sama² membantu usaha kerdil saya ni. Saya jugak sarankan untuk kita lebih peka dengan kesusahan masyarakat sekeliling kita. Saya dahului dgn lafaz terima kasih, semoga Allah menerima pahala sedekah kita & meringankan beban orang yg susah.
Salam Ramadhan 1442H.
Hulurkan bantuan anda, RM90 untuk 1 pek bekalan makanan seperti gambar di atas. Boleh imbas QR Code ini atau isi form di link ini
