Saya tertarik untuk menulis tentang harga emas terkini yang semakin menaik ke arah paras tertinggi seperti pada tahun 2011 dulu.
Bukan apa, sekadar pandangan peribadi saya sahaja sebagai penjual emas fizikal (Public Gold) sejak tahun ke-2 belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dulu lagi. Featured image atas tu, gambar kat dalam hostel UTP #takhensemtakpe
Anda juga mungkin boleh ambil sesuatu yang positif sebelum bertindak. Sekiranya ada dalam kalangan pembaca tulisan saya ni pernah membeli emas & perak dengan saya pada awal tahun 2011, 1 perkara yg saya nak bgtau, anda bolehlah consider utk jual emas yg anda beli tersebut sekarang, utk mendapatkan keuntungan yg sama spt orang lain yg beli pada Jan 2011 & jual pada Sept 2011 dgn kadar keuntungan sekitar 32%.

Manakala harga pada tahun yg sama, bulan September 2011, harga emas menaik ke USD1,920.80 per oz.

Bayangkan, orang yg beli pada Jan 2011 dapat pulangan untung lebih 30% dalam masa 9 bulan. Best kan?
Sekiranya anda terlepas peluang tu & rasa terciduk, anda masih boleh merasai kadar keuntungan itu dengan menjual emas2 yg anda beli pada Jan 2011 tersebut, sekarang. Ya, saya tau, ianya satu penantian yg lama. Memang pun adat komoditi emas ni disimpan lama generasi ke generasi, tentu atok nenek kita akui perkara ni.
Nak tau berapa lama tempoh terciduk tu? Teruskan baca.

Kalau ikutkan Gambar 3 ni, anda menunggu selama 114 bulan atau bersamaan 9 tahun 6 bulan utk keuntungan yg saya bgtau tadi. Tahniah, anda memang seorang yg penyabar & setia.
Bayangkan org yg beli pada Sept 2011, memang akan rasa terciduk utk 51 bulan. Tengok carta ni.

Namun, mereka boleh bangkit tahun ni dengan menjual balik emas2 tadi utk balik modal.
Manakala, bagi yg bijak dgn membeli pada Sept 2015, anda bolehlah jual & dapat keuntungan lebih 45% berbanding yg beli pada Jan 2011. Oklah, untung dalam 9% setahun atau lebih tepat 0.82% sebulan sejak Sept 2015.
Sebagai usahawan, suka utk saya kongsikan idea ni. Ok, ni ideanya.
Pajak emas utk beli aset→buat duit dgn aset yg dibeli tadi → habis tempoh depreciation aset tadi → tebus emas yg dipajak dengan duit yg aset tadi dah generate, top-up dgn duit jual aset tadi sikit (kalau ada) → beli aset lain (repeat the loop, it takes years and decade) ⟳
Saya buat idea ni sejak 2009 masa mula2 berjinak2 dengan dunia photography. Semua kamera & alatan2 lain dibeli guna duit pajakan emas. Alhamdulillah it worked. [Disclaimer] Buat kiraan betul2, kalau tak betul timing aset & harga emas tadi, memang akan terciduk.
Kesimpulannya, memang diakui sejak zaman firaun lagi, emas ni adalah penyimpan nilai, bukan duit fiat yg kita guna hari2 tu. Bagi usahawan yg melihat jangka masa panjang, instrument emas ni boleh diguna utk protect wealth kita. Meskipun tak kaya raya, at least ada backup plan especially bila business at the downside.
Seperti yg saya maklumkan awal tadi, sekiranya anda sudah menyimpan emas sejak Jan 2011 atau awal lagi, anda bolehlah jual utk dapatkan keuntungan pada masa sekarang. Eloklah kan, time2 covid ni, ramai yg tengah susah cash. Siapa yg ada emas, ini mungkin masa sesuai utk liquefy aset emas yg sudah diperam lama. Semoga dimudahkan urusan kita semua. Ameeen🤲