BEZA TRAINING, MENTORING & COACHING

BEZA TRAINING, MENTORING & COACHING

SEDAR DIRI!

Sebagai manusia biasa, sehebat (atau sangka hebat) manapun kita, kita tetap tak sempurna. Sebab tu penting utk kita dapatkan pandangan dari orang lain.

Tak salah mencuba utk jadi hebat, bahkan itulah yg sepatutnya kita azamkan supaya harini lebih baik dari semalam. Mudah2an boleh mendorong diri sendiri dan orang lain menjadi lebih baik setiap hari.

Jom kita sedar diri, semua kekurangan boleh diperbaiki. Menjadi lebih baik adalah satu proses pembelajaran dari teori & pengalaman; pengalaman sendiri atau belajar dari pengalaman orang lain. Ia perlukan training, mentoring & coaching; khususnya bila bergerak dalam satu pasukan.

Bunyi sama; tapi TIGA (3) ELEMEN ni berbeza dan seharusnya berjalan seiring.

(1) TRAINING
Kita belajar sesuatu kemahiran/skill khusus dari org lain (teammates) atau dari seseorang pakar supaya kita boleh menyempurnakan skop kerja kita.

(2) MENTORING
Up sikit dari Training dimana ianya lebih bersifat realiti. Kita belajar dari pengalaman seseorang dan dapatkan sokongan serta nasihat dari orang tersebut.

(3) COACHING
Kita dapatkan nasihat & bimbingan dari seseorang yang berpengalaman (tidak semestinya dalam industri yang sama; kalau sama, itu bonus) untuk 4 tujuan khusus.

1- Menjadikan kita lebih berjaya dari siapa kita sebelumnya. Bahkan lebih berjaya dari coach tersebut.

2- Kenalpasti halangan & elak dari terkena halangan tersebut

3- Dapatkan panduan & saranan untuk get the most of our capability & kelebihan. kadang2 kita sendiri tak perasan akan kemampuan & keistimewaan kita (tambahan lagi bagi yang ada wabak self-inferior/inferiority complex), di sinilah pentingnya coach.

4- Merangka pelan kejayaan masa hadapan. InsyaAllah, kalau betul cara & usaha yang gigih, apa yang kita azamkan akan tercapai. Jangan nanti dah berjaya, lupa diri, hanyut & leka dalam our new comfort zone. Berjaya ni is a journey, bukan destinasi. Sebab tu kena rangka pelannya.

Semoga matlamat 2018 kita semua sudah tercapai & teruskan merangka target 2019 dengan pelan penambahbaikan yang strategik & lebih sedar diri😉

Facebook Comments
Back to Top